'Senapang Makan Tuan', Lelaki Maut Senapang Patah Meletup

Kabar Lain:



Judul : 'Senapang Makan Tuan', Lelaki Maut Senapang Patah Meletup

                                                               - Gambar Hiasan

Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kota Bharu maut akibat tertembak diri sendiri. Mangsa yang pada ketika itu sedang menunggang motorsikal di Kampung Kolam, Tok Uban, Pasir Mas awal pagi ini.

Mohd. Rodin Hashim, 45, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di leher dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.45 pagi.

Senapang patah yang diletakkan dalam raga motosikal itu meletup dengan sendiri mengakibatkan pelurunya mengenai leher depan mangsa yang ketika itu menunggang motosikal bersama isterinya.

Ketua Polis Negeri, Datuk Hasanuddin Hasan mengesahkan kejadian memberi penjelasan bahawa mangsa dalam perjalanan ke kawasan hutan tidak jauh dari rumahnya untuk aktiviti berburu.

“Siasatan awal mendapati mangsa mempunyai lesen senjata api yang sah. Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” lapor utusan online.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat.

Sumber- Utusan Online

">

Kabar Jiran-Trimakasih Sudah membaca 'Senapang Makan Tuan', Lelaki Maut Senapang Patah Meletup, semoga barmanfaat bagi anda . Dan jika ada kesalahan atau kata yang kurang berkenan mohon dimaafkan.Dan sampai jumpa pada postingan selanjutnya.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "'Senapang Makan Tuan', Lelaki Maut Senapang Patah Meletup"

Posting Komentar