“Masih berselimut, dalam poket ada rokok” – Mufti Perlis tegur asnaf pemalas

Kabar Lain:



Judul : “Masih berselimut, dalam poket ada rokok” – Mufti Perlis tegur asnaf pemalas

Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur sikap segelintir asnaf di negeri ini yang malas dan enggan bekerja untuk mengubah kehidupan mereka.

"Masih berselimut, dalam poket ada rokok" - Mufti Perlis tegur asnaf pemalas

“Masih berselimut, dalam poket ada rokok” – Mufti Perlis tegur asnaf pemalas

Katanya beliau sering menyertai program Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengayuh basikal mencari asnaf di kampung-kampung untuk diberi bantuan dan dengan cara itu dapat melihat sendiri cara hidup mereka.

“Semasa rombongan Raja Muda sampai di rumah mereka, saya dapati ada asnaf masih berkain selimut sedangkan orang lain sudah lama keluar bekerja mencari rezeki,” kata Mohd Asri dalam kuliah mingguannya di Masjid Alwi di sini, malam Selasa.

Mohd Asri berkata dalam kunjungan itu juga kebanyakan asnaf mengadu tiada wang untuk membeli keperluan dapur termasuk beras.

“Yang saya kesal ialah semasa menerima sumbangan daripada Raja Muda, ada antara asnaf mempunyai kotak rokok dalam poket baju.

“Kalau mampu beli sekotak rokok bernilai RM15 atau RM17 tetapi tidak boleh membeli sekampit kecil beras hanya berharga RM13, mereka tidak layak dikategorikan sebagai asnaf,” tambahnya.

Mohd Asri berharap asnaf-asnaf di Perlis segera mengubah sikap dan berusaha keras meningkatkan taraf hidup mereka sekeluarga dengan melakukan apa sahaja pekerjaan yang memberi hasil. -Bernama

Sumber: Mstar

Loading...
">

Kabar Jiran-Trimakasih Sudah membaca “Masih berselimut, dalam poket ada rokok” – Mufti Perlis tegur asnaf pemalas, semoga barmanfaat bagi anda . Dan jika ada kesalahan atau kata yang kurang berkenan mohon dimaafkan.Dan sampai jumpa pada postingan selanjutnya.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "“Masih berselimut, dalam poket ada rokok” – Mufti Perlis tegur asnaf pemalas"

Posting Komentar