77 Petani Terjejas El Nino Di Kota Marudu Terima Bantuan

Kabar Lain:



Judul : 77 Petani Terjejas El Nino Di Kota Marudu Terima Bantuan

KOTA MARUDU – Seramai 77 petani yang tanaman mereka kian pulih daripada kesan fenomena El Nino tahun lepas menerima bantuan kewangan daripada kerajaan hari ini.

Bantuan bernilai RM500 setiap seorang itu bertujuan membantu mereka yang kehilangan punca pendapatan berikutan kemarau berpanjangan pada 2016.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili ketika menyampaikan bantuan itu di sini berkata kerajaan akan terus memberikan bantuan bagi meringankan beban rakyat.

“Selain bantuan khusus untuk para petani, kerajaan juga menyalurkan bantuan kewangan menerusi skim seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia, bantuan persekolahan, rakyat yang berkeperluan khas, ibu bapa tunggal, warga tua serta mereka yang terjejas akibat bencana alam,” katanya.

Ongkili yang juga Anggota Parlimen Kota Marudu berkata demikian pada majlis penyampaian bantuan kewangan itu di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) cawangan Kota Marudu di sini yang turut dihadiri Pegawai Daerah Kota Marudu Arnold Joibi dan Pengerusi LPP cawangan Kota Marudu Datuk George Sangkin.

Beliau berkata usaha juga dilakukan oleh kerajaan untuk menyediakan insentif di bawah pelbagai skim bagi membantu petani meningkatkan hasil pertanian.

“Hasil yang lebih banyak akan membantu petani meningkatkan taraf hidup mereka. Kita tidak harus malu bekerja di ladang sebagai usahawan moden. Ini sebenarnya satu pekerjaan yang mulia,” katanya.

Pada perkembangan lain, Ongkili memperuntukkan RM10,000 bagi menganjurkan tamu besar atau pasar berasaskan pertanian selama dua hari di sini.

“Menerusi program itu, petani akan dapat memperoleh pendapatan tambahan dengan menjual produk mereka di pasaran terbuka,” katanya. – BERNAMA

Loading...

">

Kabar Jiran-Trimakasih Sudah membaca 77 Petani Terjejas El Nino Di Kota Marudu Terima Bantuan, semoga barmanfaat bagi anda . Dan jika ada kesalahan atau kata yang kurang berkenan mohon dimaafkan.Dan sampai jumpa pada postingan selanjutnya.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "77 Petani Terjejas El Nino Di Kota Marudu Terima Bantuan"

Posting Komentar